CARA MEMBEZAKAN DEUTER ORIGINAL DAN FAKE

Artikel ini telah ditulis oleh Mohd Hafizzudin

Abang dulu peminat tegar deuter. Dari beg besar sampai la daypack, washbag, streamer semua barang deuter. Sleeping bag je tak pakai deuter. Mahal sangat. Cuma sekarang bnyak guna beg bundle. Jadi rasa rajin pulak nak bagi review berkaitan deuter ori dan fake.

Sesiapa yang nak beli barang deuter, boleh la buat rujukan review abang ni. Deuter sahaja yer. Cap lain abg taktau. Sebab tak masta.

i) Gambar 1, beza antara dua beg ni, beg ori nama brand akan dikait dekat hood beg manakala model akan dan saiz akan dikait di bahagian bawah. Berbeza dengan yang fake, brand dan model akan dikait bersama di bahagian hood.

ii) Gambar 1 juga menunjukkan tahap kekemasan pembuatan beg tersebut. Lebih kemas dan lebih segak.

img_0126

iii) Gambar 2 menunjukkan serial number. Setiap produk original deuter akan disertakan sekali dengan serial number di belakang tag berwarna putih. Tag ini selalunya berada di bahagian dalam beg.

img_01161
iv) Gambar 3 menunjukkan sekiranya produk deuter yang anda beli itu adalah asli, akan tertera di tag putih ‘Manufactured in Vietnam under license for Deuter Sport GMBH & Co. KG Germany’

img_01141

v) Bagi beg keluaran terbaru 2011 dan ke atas akan ada simbol SOS dilekatkan di bahagian dalam hood.

img_01171

vi) Untuk kebanyakkan produk deuter akan menggunakan zip ykk. Ketika membeli anda juga boleh melihat buckle dan strap.

img_01251

Untuk rekod, syarikat (Deuter) hanya menerima 0.3% aduan dr seluruh dunia ttg kerosakan pada beg, itu pon penggunaan selepas 10 tahun. Jadi, adalah berbaloi untuk melabur sedikit wang membeli barang yang original berbanding fake yang hanya mempunyai tempoh ketahanan yg singkat

Beg deuter model Gobi 55+10 liter abang dah berusia 7 tahun, tidak mempunyai masalah cuma saiz dah kurang efisien.

Advertisements