7 FAKTA, LOKASI, SEJARAH DAN MITOS GUNUNG TEBU YANG MUNGKIN ORANG TIDAK TAHU WALAUPUN DAH BERKALI-KALI MENDAKI GUNUNG TEBU

1. Ada lebih dari satu trek ke Gunung Tebu
Biasanya ramai yang naik ke Gunung Tebu melalui Lata Belatan. Ada beberapa lagi trek. Gunung Tebu juga boleh dinaiki dari Setiu dan Hulu Besut. Tapi trek ni tak popular sangat dan hanya digunakan oleh orang kampung untuk mencari hasil hutan.

2. Puncak yang ada signboard tu bukan puncak tertinggi
Bila dah sampai ‘puncak’ kita akan nampak signboard Gunung Tebu. Sebelah kiri puncak tu ada laluan ke kemsait. On the way nak ke puncak tu kita akan jumpa 3 biji batu yang agak besar. Sinilah puncak tertinggi Gunung Tebu dengan ketinggian 1033m. Puncak yang ada signboard tu hanya 1028m.

WhatsApp Image 2016-08-07 at 10.15.04

Puncak sebenar Gunung Tebu

3. Batu di puncak tu adalah kubur
Yang ni tidak dapat disahkan ceritanya. Tapi kedudukan batu tu yang menyerupai kedudukan batu nisan dan menghadap ke arah kiblat menjadikan cerita ni agak menarik.

4. Asal-usul Batu Mat Hasan
Dikatakan pendaki-pendaki awal dulu selalu terjumpa seorang pakcik yang duduk di atas batu tersebut. Bila ditanya hendak ke mana, pakcik tu jawap nak pergi cari minyak. Nama pakcik tu adalah Mat Hasan. Jadi dinamakan batu tempat pakcik tu duduk sempena nama beliau.

Bila ditanya cerita ini pada orang kampung di kaki Gunung Tebu, mereka mengesahkan Tok Mat Hasan ini memang wujud dan ada orang kampung yang kenal beliau secara personal.

WhatsApp Image 2016-08-07 at 10.19.39

Batu Mat Hasan

5. Dataran Kelapa
Sebelum kemsait yang selalu pendaki gunakan sekarang – kemsait yang ada view bandar Setiu – pendaki bermalam di Dataran Kelapa. Tapi sebab tiada punca air yang tetap, jadi Dataran Kelapa ni dilupakan. Lagipun kemsait baru ni view lagi cun.

WhatsApp Image 2016-08-07 at 10.19.00

Dataran Kelapa

6. Gelanggang Silat Langkah Tiga
Ada 3 gelanggang silat di atas Gunung Tebu. Satu di puncak bukit depan Dataran Kelapa, satu di kemsait baru dan satu lagi di laluan menuju ke kemsait baru. Kalau anda jumpa batu yang mempunyai logo bertulisan jawi, itulah dia gelanggang Silat Langkah Tiga.

WhatsApp Image 2016-08-07 at 10.20.10

7. Batu Balasoh / Batu Madrasah
Balasoh dalam dialek Pantai Timur bermaksud Surau. Dikatakan batu yang besar ini boleh memuatkan sehingga 40 orang jemaah dan digunakan oleh orang bunian untuk bersolat.

Advertisements