PANTANG LARANG DALAM HUTAN

Masuk hutan ni macam kita masuk rumah orang la. Sebagai tetamu, kita kena hormat tuan rumah. Jangan bawak balik rumah bunga, binatang, kayu, batu, etc etc. Tengok dan nikmati je kat situ.

Cuba bayangkan kalau tetamu rumah kita bawak balik barang rumah kita. Periuk noxxa kita misalnya. Atau PS4 kita. Atau sofa kita. Atau TV rumah kita. Kita pun mesti marah kan?

Ambil barang dari hutan ni kita boleh kupas dari 2 sudut; saintifik dan mistik.

Secara saintifiknya, semua benda dalam hutan tu menyumbang kepada keseimbangan ekosistem. Contohnya bunga diperlukan oleh lebah untuk madunya dan lebah diperlukan oleh bunga untuk proses pendebungaan.

Jadi bila kita ambil bawa balik salah satu elemen dalam ekosistem, kita akan memutuskan rantai ekosistem dan menyebabkan sistem tu jadi tak stabil. Bila tak stabil, maka huru-haralah yang akan berlaku.

Dari segi mistik pula, barangan hutan ni ada penjaganya. Bunga ada penjaga, pokok ada penjaga, binatang ada penjaga. Jadi bila kita ambil barang jagaan ‘diorang’, marahlah diorang. Itu yang jadi macam-macam benda pelik tu.

Aku cakap ni bukan sekadar cakap kosong. Ada kisah benar yang berlaku sebenarnya.

Kisahnya begini.

Minggu lepas aku kena lead satu grup budak-budak naik gunung. Identiti gunung dirahsiakan untuk menjaga ekosistem gunung tersebut.

On the way nak sampai ke puncak tu, kami terjumpa satu tempat yang banyak bunga. Harum je tempat tu. Bunga pun kembang cantik-cantik dan warna-warni.

Hati aku dah rasa tak sedap sebab biasanya lalu trek ni tak pernah jumpa bunga secantik dan sebanyak ni. Tapi aku buat tak tahu je.

Tapi sebab cantik sangat, kitorang pun berhenti sekejap untuk ambik gambar.

Tiba-tiba aku nampak sorang awek baju merah berseluar legging petik dan anyam bunga-bunga tu.

Aku terus jadi bengang. Aku dah pesan masa briefing tadi jangan suka-suka hati petik bunga dalam hutan. Awek ni memang nak kena sound.

“Tiy! (nama awek tu), kan saya dah pesan jangan sebarangan petik bunga hutan!” tegur aku dengan suara yang tinggi.

“Kenapa?” tanya awek tu.

“Sebab saya tak sanggup kalau awak dipetik orang lain” balas aku dengan senyuman yang paling manis.

The rest, as they said, is a love story.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

13654195_1757452161175540_2687952696008006829_n

Advertisements