KEGUNAAN PLASTIK SAMPAH YANG CAMPER PERLU TAHU

Plastik sampah atau nama sopan dia plastik hitam ni selain dari bungkus sampah, ada banyak lagi kegunaan semasa dalam trip.

1. BAG LINER
Ini rasanya ramai yang tahu. Sebelum masukkan barang-barang dalam beg, masukkan plastik hitam dulu. Kemudian masukkan barang-barang dalam plastik tu. Fungsinya untuk elakkan barang basah kalau beg masuk air. Bag liner berjenama harganya boleh cecah ratusan ringgit. Banyak boleh jimat kalau pakai plastik sampah ni.

IMG_9797
2. RAIN COVER
Kebanyakan beg ada disediakan raincover. Tapi sayang la nak pakai raincover ori. Kena onak, kena duri habis koyak raincover tu. Solusi mudah dan murah adalah guna plastik sampah. Balut lawa-lawa haversack tu guna plastik sampah.

IMG_9800
3. PONCHO
Tak bawak baju hujan? Potong bahagian bawah dan kiri kanan plastik sampah. Dah siap poncho korang.

IMG_9801

4. SLEEPING BAG LINER
Sleeping bag murah biasanya tak tahan angin. Angin boleh tembus masuk ke dalam sleeping bag. Guna plastik sampah untuk cover bahagian LUAR sleeping bag. Tidur anda akan lebih hangat. Tapi boleh cover bahagian kaki je la.

5. SEJADAH
Biasanya kami sediakan satu plastik sampah khas untuk tujuan ni. Nipis dan tak makan space.

6. SEALER
Malam-malam masukkan haversack dalam plastik sampah dan ikat dengan kemas. Jadi tak perlu masukkan haversack bawah fly/khemah. Takdelah bersepah sangat tempat tidur. Haversack pun tak basah kalau hujan. Kelengkapan memasak pun kalau malas nak kemas, masukkan je dalam plastik hitam dan ikat dengan kemas. Senang.

7. PELAMPUNG
Tiup plastik hitam sampai kembang dan ikat kemas-kemas. Siap satu pelampung. In fact, ada orang guna plastik sampah untuk buat rakit.

Float445x260

Advertisements