SEVEN SUMMITS

Dalam filem Everest (2015) ada satu watak nama Yasuko Namba. Ada satu scene tu masa semua climber dalam group dia berkumpul dekat Everest Base Camp, ada orang tanya Yasuko Namba kenapa dia nak panjat Gunung Everest. Dan dia jawap lebih kurang macam ni:

“I have completed the SIX”

‘Six’ dalam jawapan Yasuko Namba adalah 6 daripada 7 summits. 7 summits adalah 7 gunung tertinggi di setiap benua.

Trip 7 Summits ni diperkenalkan dan dipopularkan oleh Richard Bass, seorang usahawan minyak dari Texas.

7 Summits mengikut versi Richard Bass adalah:

Denali (Mc Kinley) – Amerika Utara
Aconcagua – Amerika Selatan
Elbrus – Eropah
Kilimanjaro – Afrika
Kosciuszko – Australia
Vinson Massif – Antartika
Everest – Asia

Ada beberapa versi 7 Summits mengikut pemahaman pendaki terhadap makna benua. Reinhold Messner dari Itali menyenaraikan Puncak Jaya (Carstensz Pyramid) menggantikan Kosciuszko. Pat Morrow menjadi orang pertama yang berjaya mendaki 7 Summits versi Messner.

Disebabkan ada perbezaan pendapat antara sempadan benua Eropah, maka ada sesetengah pihak yang mengatakan Mont Blanc adalah puncak tertinggi bukannya Elbrus.

Secara umumnya, ada 4 versi 7 Summits.

1. Everest, Aconcagua, Denali, Kilimanjaro, Elbrus, Kosciuszko, Vinson (versi Bass)
2. Everest, Aconcagua, Denali, Kilimanjaro, Elbrus, Puncak Jaya, Vinson (versi Messner)
3. Everest, Aconcagua, Denali, Kilimanjaro, Mont Blanc, Kosciuszko, Vinson
4. Everest, Aconcagua, Denali, Kilimanjaro, Mont Blanc, Puncak Jaya, Vinson

summits

ps: Yasuko Namba berjaya melengkapkan Seven Summits beliau namun mati ketika turun dari puncak Everest akibat ribut salji.

 

Advertisements