ITEM ASAS DALAM 1ST AID KIT

Artikel ini telah ditulis oleh Campmaster Veeraksana Veerak

First Aid Kit peribadi ni mmg amat penting bg seorg hiker. Jgnlah dok harap org lain/guide saja bawak. Nak jadi Responsible Hiker ni kena la mula dgn responsibility atas persiapan diri dulu kan?

Utk First Aid Kit peribadi, paling2 koman pun bawaklah yg asas mcm dlm list ni;

1. Elastic bandage 3 inci (tergeliat/patah/patuk ulaq)
2. Crepe bandage 1.5 inci (balut luka)
3. Gauze kapas/field dressing (bebat/tutup luka)
4. Iodine Disinfectant (nyahkuman luka)
5. Ubat NSAIDS (tahan sakit/kurangkan bengkak)
6. Ubat Anti Histamin (alahan)
7. Krim Corticosteroid (alahan di kulit)
8. Triangular Bandage (anduh/tourniquet)
9. Plaster luka kalis ayaq (luka kecik/pacat)
10. Krim antiseptik (lindung luka calar balaq)
11. Alcohol swab (cuci luka kecik)

Benda ni semua biasanya tak sampai 50 ringgit pun kat farmasi biasa kalau beli brand yg tak mahai. Boleh bawa list ni sekali utk farmacist tgk dan tolong pilihkan jenama/ubat sesuai dll.

Kalau kita hero sado pun, eloklah cuci, nyahkuman dan lindungi luka/calaq sebaik saja kena – walaupun kena ketit pacat saja. Bukanlah kita ni tak tahan sakit, tapi sbb kita berjaga dari risiko jangkitan kuman. Ramai sgt yg kurang sedaq, bahawa antara bahaya paling besaq dlm hutan ni adalah jangkitan melalui luka terdedah yg tak dirawat. Jangkitan kuman pula byk yg tak tunjukkan simptom jelas sampailah dah tahap jangkitan teruk.

Kalau kuman yg masuk luka kita tu setakat kuman tahap chokia@cap ayam saja takpalah, TAPI kalaulah yg masuk luka tu kuman tahap otai mcm Leptospira (kuman penyebab penyakit Kencing Tikus a.k.a Leptospirosis) ketika hike di kawasan lopak/sungai, jawabnya ‘makan tak habih’ la…

Kencin tikus ni buleh menyebabkan jangkitan maut tanpa kita sedaq. Hanya seminggu ke dua minggu lepaih Leptospira tu masuk dlm badan, barulah terasa demam simptom penyakit. Paling naya kalau semasa pi hospital, doktor kata penyakit Leptospirosis kita tu dah melarat jd Weil’s Disease yg dah terlalu terlalu lewat utk rawatan berkesan – jawabnya menjandalah bini kita yg lawa tu..

Kesian kat anak2 jd yatim kematu. Kesian kat mak ayah kita sbb kita tak dpt berbakti kpd depa dihari tua depa. Semua ni BOLEH berlaku hanya sbb satu luka kecik yg tak dirawat awai2 – berpunca daripada tak bawak FA Kit sendiri.

Lagi satu pesanan penaja, kita juga jgnlah syok2 saja guna krim/ubat org lain melainkan sgt pasti kita tak alah(allergic) dgn ubat tu. Kalaulah sy alergik ubat panadol, tapi masuk utan tak bawak FA kit dgn ubat sendiri yg dah pasti sesuai, tiba2 jd sesuatu yg menyebabkan sy perlukan sgt2 ubat tahan sakit – nk buat lagu mana?
Kawan tgk kita sakit sgt dia kesian, dia pun bglah ubat panadol dia – maka terkena lah alahan ubat, bengkaklah mata dan jd buta dlm setengah hari… Kan kes haru-kelabu tu? Lagilah tambah susah kawan2 satu trip nk kena pimpin kita keluaq.

Sesetengah alahan ubat ni, BOLEH juga menyebabkan mati akibat sesak nafas dlm masa singkat sekiranya alergik tahap teruk sampai jd severe Anaphylaxis Shock. Jaga2 lah dlm bab ni. Utk elakkan, harus bawak FA Kit sendiri yg diisi dgn ubat/krim khusus utk kita semasa hiking.

Maka hikers2 kental sekalian – laburlah 50 ringgit beli First Aid Kit peribadi dan bawaklah ia semasa hiking. Bila ada masa, masuk kelas First Aid maka lagi lah berkesan penggunaan FA Kit kita. Ini mcm barulah org tak kata hiker koman spanar, betui dak?

Moga ini berguna, dan sy harap mana ada salah silap, Dr-Dr dan dressar-dressar atau misi-misi yg membaca ni betulkan lah salah saya. Makasehhh…

* Sapa yg tak paham bahasa rasmi Republik of Kedah, sy minta maaf siap2. Mohon habaqlah tang mana pencerahan itu perlu supaya member2 boleh tolong translatekan secara manual – Google Translate tak update lg utk bahasa Kedah.

‪#‎myduakupanglimadet‬
‪#‎responsiblehiker‬
‪#‎kipidsef‬
‪#‎kipidap‬

Advertisements