6 TIPS PEMILIHAN KHEMAH

#1 Kapasiti Khemah
Ini benda pertama yang perlu tengok. Khemah biasanya dinamakan mengikut jumlah bilangan orang yang muat di dalamnya. Contoh: Bazoongi 8P Family Tunnel Tent. 8P bermaksud khemah ini boleh muat 8 orang di dalamnya.

Satu benda yang harus diingat adalah kapasiti khemah adalah berdasarkan ‘close fit’. maksudnya ruang yang cukup-cukup. Cari khemah yang lebih besar kalau:

– Grup anda terdiri daripada orang yang bersaiz besar
– Anda suka ruang yang luas
– Anda jenis tidur lasak

#2 Tinggi Maksimum
Penting kalau anda perlu berdiri semasa dalam khemah. Nak solat contohnya.

#3 Design Khemah
Secara umumnya, ada 2 jenis design khemah.

i. Dome
Yang ni biasa kita nampak. Khemah bentuk kubah. Budak-budak sekolah selalu pakai masa perkhemahan tahunan. Bagusnya khemah ni adalah design dinding yang ada slope menjadikan khemah ni lebih tahan apabila ditiup angin.

ii. Cabin/Tunnel
Khemah jenis cabin biasanya tidak mempunyai slope. Dinding dia tegak. Jadi lebih banyak ruang yang ‘berguna’ bila kita berada dalam khemah.

#4 Panjang & Lebar Khemah
Macam beli rumah, anda kena tahu berapa panjang dan lebar khemah anda. Mana tahu tinggi anda 180cm tapi panjang khemah 120cm je. Kena tidur macam udang la nanti. Mengerekot.

#5 Bilangan Pintu/Bilik
Penting kalau anda beli khemah yang besar macam 8P. Bayangkan kalau ada satu pintu sahaja dan anda tidur di hujung yang tiada pintu. Tengah malam tiba-tiba anda nak banguun kencing, habis semua orang kena pijak dalam perjalanan ke pintu.

Sesetengah model khemah ada menyediakan partition dalam khemah. Ini bagus kalau anda perlu asingkan beberapa kumpulan dalam satu khemah.

Ada juga khemah yang mempunyai garaj.

#6 Pengudaraan
Penting supaya anda tidak berasa lemas dalam khemah. Semakin banyak bilangan pintu, tingkap dan ruang pengudaraan, lagi bagus pengudaraan khemah tersebut.

Enjoy Life, Jom Camping!

Advertisements