7 TIPS PENJAGAAN KHEMAH

Khemah ni bukan murah. Jadi kena jaga betul-betul supaya tahan lama.

#1 Pastikan khemah kering sebelum disimpan. Kalau tak sempat nak keringkan lepas camping, pack dulu dan keringkan betul-betul bila sampai rumah. Jemur di kawasan yang teduh dan tak kena cahaya matahari direct. Khemah yang disimpan masa basah ni akan jadi hapak dan akan merosakkan lapisan kalis air khemah.

#2 Kalau nak basuh khemah, guna span dan air. Lap dengan lemah lembut.  Jangan guna sabun. Bahan kimia dalam sabun akan rosakkan lapisan kalis air khemah.

#3 Jangan basuh guna mesin basuh. Rosak kain khemah nanti.

#4 Masa nak pasang khemah, pastikan tempat tu takde batu, kayu, akar yang terjojol. Kalau ada, clearkan dulu tempat tu. Batu, kayu dan akar ni boleh buat khemah bocor.

#5 Guna groundsheet untuk lapik khemah sebelum pasang khemah.

#6 Tanggal kasut/selipar sebelum masuk khemah. Susah nak bersihkan khemah bila pasir dah masuk dalam. Satu lagi nak elak khemah jadi kotor. Mana tahu kat tapak kasut ada chewing gum ke tahi kucing ke apa ke.

#7 Cahaya matahari boleh rosakkan material khemah. Jadi pasang khemah di tempat teduh. Lagipun lagi selesa berkhemah bawah tempat teduh. Kalau tak, panas ceng-ceng dalam khemah. Kalau takde tempat teduh, cuba cover khemah pakai flysheet.

Enjoy Life, Jom Camping!

Advertisements