ABC ATAU EBC? MANA SATU PILIHAN HATI?

Artikel ini telah ditulis oleh King Archilis di Facebook beliau. Myjenoba.com republish semula artikel ni sebab artikel ni padu. King Archilis dengan santainya membandingkan trip Annapurna Base Camp dan trip Everest Base Camp supaya mudah kita membuat pilihan.

EBC vs ABC

Salam syawal buat semua..

Tadi dapat soalan menarik dari salah seorang sahabat outdoor bertanyakan ” Abang King mana best utk trekking Everest Base Camp ka Annapurna Base Camp?”

Soalan pendek tp jawapan panjang..

Utk EBC:
1. Costing agak mahal sekitar RM 4000 – RM 6500 (depent pada trip kita pegi tu backpack ka atau diuruskan oleh agensi). Mahal tapi berbaloi.

2. Jumlah hari trekking lebih lama, sekitar 14 – 16 hari (depend pada weather jgk, kalau stranded di lukla, boleh jadi lama)

3. Menuntut stamina yg tinggi dan kekuatan mental yg bagus. (Straneous)

4. Kalau dari segi view mmg terbaik, kerana dpt tengok sendiri secara life depan mata mt everest, mt Lhotse, mt pumori, mt thamserku, mt ama dablam, mt island peak, mt cho oyu. (Pendek kata trek ke EBC ni lah trek bagi pendaki dari seluruh dunia lalu utk menawan puncak everest, sekurang-kurangnya tuan2 & puan2 dah boleh merasa owhhh this is the route to everest).

5. Chanses utk kena AMS sgt tinggi bagi mereka yg x cukup acclimatize. Termasuk juga penyakit2 lain seperti HAZE & HAPE & Khumbu cought.

6. Dari segi accomodation ada lodge dan boleh juga tido khemah

7. Dari segi meal boleh didapati di lodge @ samaada bawak cook man.

8. Porter dan sherpa juga boleh didapati di Lukla airport. (Tapi awas kalau x kenal x advise amek sherpa @ porter di situ) kalau berani silakan.

9. Sebaik-baiknya ada guide yg berpengalaman samaada dari Malaysia @ Nepal. (Guide yg tau nak buat apa bila terjadi apa2 kepada peserta). Kalau guide dari malaysia ni dialah yg akan call kedutaan besar Malaysia kalau ada serious casualty, dia jgk yg akan call insurance company for evacuate dan juga comformation dari insurance company. Dia juga tau kerenah dan pe’el pendaki dari malaysia ni so, dia jgk yg akan confrant dgn guide dari nepal ni.

10. Lapor diri & team di kedutaan besar malaysia di nepal. (Incase jadi apa2 warga kedutaan ini dulu lah orang pertama yang kita cari utk mintak bantuan.

11. Dari segi trekking, Trekking di EBC ni lebih puas berbanding trekking di ABC.. di ABC trekkingnya lebih santai dan sesuai utk beginner.

Untuk ABC:
1. Costing lebih murah berbanding EBC.. cost sekitar RM 1500 – RM 3000 (depend pada package yg diambil) sama ada nak pegi balik dgn bas atau oergi balik dgn fokker @ pergi ngan bas balik ngan fokker. (Kalau naik bas 8 jam perjalanan yg membakar jiwa dan raga).

2. Jumlah hari trekking 8 – 11 hari (termasuk stay di kathmandu).

3. Juga memerlukan stamina di tahap yg sederhana tinggi.

4. Kalau dari segi view juga menarik kerana dpt lihat mt annapurna, mt machapuchare, mt fish tail.

5. Chances utk kena AMS agak kurang.

6. Accimodation lodge dan khemah ada disediakan.

7. Meal juga boleh didapati dari pokhara sehinggalah ke ABC.

8. Porter dan sherpa juga boleh didapati dengan mudah. Mana2 yang berani kalau xnak guna sherpa dan porter pun boleh. Kalau jadi apa2 sendiri tanggung.

9. Sebaik-baiknya guna kan perkhidmatan guide dan porter. Sekiranya terjadi apa2 pada pendaki mereka2 ini boleh membantu. X lah kita terkontang kanting seorang diri. Juga digalakkan menggunakan pendaki (guide) yg berpengalaman dari malaysia.

10. Lapor diri dikedutaan besar malaysia di nepal. (Serahkan borang maklumat pendaki kepada warga kerja kedutaan, bukanya pergi kedutaan semata-mata nak amek gambar sahaja, borang maklumat pendaki tu yg paling penting, terjadi apa2 pada borang tu dulu lah yg mereka akan refer).

11. Dari segi trekking selepas machapuchare bc para pendaki akan mula berjalan dikelilingi ais sehinggalah ke ABC (bergantung juga pada season & weather).

Moralnya:

1. Nak mendaki EBC ka ABC ka bergantung kepada jiwa pendaki itu sendiri dan juga financial. Kalau jiwa tu padu teruskan ke EBC sebab once in your life dpt tgk everest depan mata walau pun x mendakinya lagi. kalau jiwa suam2 kuku try dulu dgn ABC. (Sebab banyak faktor yg perlu diambil kira masa, financial, fitnest, cuti, kerja dan juga keluarga)

2. Kelulusan cuti dari majikan juga memainkan peranan.. bagi pendaki yg berstatus isteri kena mintak jgk kebenaran dari husband, sebab nak tinggal keluarga dlm tempoh yg agak lama. (Saoa nak uruskan suami siapa nak uruskan anak2 sekolah, makan minum depa dan juga kain baju depa).

3. INGAT.. mendaki di Nepal tidak sama seperti tuan / puan mendaki di Malaysia. “Dont take for granted at any matter”

4. Mendakilah dgn niat yg baik, jangan sesekali mencabar diri.. Dengar dan amek tau nasihat dari mereka yg berpengalaman.. kalau tak jadi apa2 xpa kalau jadi apa2 berbuih mulut nak menjawab. Sekian..

This message was sent by me:-

King Archilis (Bond)
Founder
MAJLIS REKREASI MALAYSIA
019-3784644

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s