Gear Review| Family Tunnel 8P Tent

Benda yang paling masalah dengan khemah adalah kebanyakan khemah adalah rendah. Khemah yang rendah ni sesuai untuk yang nak ringankan beg. Tapi bila kita memerlukan space yang besar dan selesa, khemah rendah memang tak sesuai.

Kami test pasang Family Tunnel 8P Tent dan kami memang berpuas hati dengan prestasi khemah ni.

size
Khemah ni besar, muat 8 orang dewasa. Saiz bukaan 425cm x 280 cm x 180 cm. Walaupun saiz bukaan yang besar, tapi packing size takdelah besar mana. Pack size dalam 70cm panjang dan 20cm diameter. Boleh muat dalam kereta. Berat 9kg +, lelaki macho yang normal boleh angkat dengan selamba.

Khemah ni datang sekali dengan:
1. 1 Flysheet
2. 1 Inner mesh
3. 1 Garage Groundsheet
4. 3 rod
5. 6 guy lines
6. Pancang

Berbeza dengan khemah rendah tu, rod untuk khemah ni dipasang pada flysheet, bukan inner mesh. Dah siap pasang rod pada flysheet barulah inner mesh dimasukkan. 1st try kami ambil masa 45 minit. 2nd try improve jadi 30 minit. Kami pasang berdua, tapi rasanya takde masalah kalau nak pasang seorang diri.

WhatsApp-Image-20160714

Inner mesh disangkut pada flysheet dengan menggunakan mekanisme mudah yang kami panggil “selit-selit terus siap“.

IMG-20160714-WA0009.jpg

Ciri paling menonjol pada khemah ni adalah saiz. Memang besar dan tinggi. Boleh berdiri dalam khemah. Senang nak salin pakaian atau nak bersolat. Pengudaraan khemah ni boleh dikatakan bagus kerana khemah ni ada 2 pintu. Angin boleh keluar masuk.

Ada dua ruang; garaj dan ruang utama. Garaj boleh muat 2 biji motor. Kalau travel naik motor, motor boleh parking kat dalam.

IMG-20160714-WA0010.jpg
Kesimpulannya khemah ni sesuai untuk trip camping bersama family. Orang perempuan dan kanak-kanak sesuai untuk duduk dalam khemah ni. Boleh juga dijadikan sebagai khemah utama tempat untuk salin pakaian dan solat.

Khemah ini boleh dibeli di Jenoba Outdoor dengan harga RM500. Penghantaran ke seluruh Malaysia. Klik sini untuk pembelian.

Enjoy Life, Jom Camping!

Advertisements