3 Jenis Bateri Yang Sesuai (Dan Tak Sesuai) Dibawa Hiking

1

1. Lithium

Shelf Life:
Bateri lithium boleh disimpan selama 10-15 tahun tanpa menjejaskan kuasa yang ada padanya.

Prestasi pada 0 darjah celcius:
Terbaik. Bateri tak cepat hilang kuasa pada suhu sejuk. Sesuai digunakan untuk mendaki gunung.

Bilangan gambar (average) :
100 keping

Kegunaan:
High drain device macam digital kamera dan GPS

Harga:
Mahal

2

2. Alkaline

Shelf life:
boleh disimpan selama 5-7 tahun tanpa menjejaskan kuasa yang ada padanya.

Prestasi pada 0 darjah celcius:
Not bad. Tapi tidak sebaik bateri lithium.

Bilangan gambar (average) :
20-30 keping

Kegunaan:
Headlamp

Harga:
Murah

3

3. Heavy Duty (Carbon Zinc)

Shelf life:
boleh disimpan selama 3-5 tahun tanpa menjejaskan kuasa yang ada padanya.

Prestasi pada 0 darjah celcius:
Hampeh. Tak sempat guna dah habis.

Bilangan gambar (average) :
sekeping dua. Itupun kalau bernasib baik.

Kegunaan:
jam dinding, remote TV

Harga:
Boleh beli longgok

Advertisements