5 Kecederaan Paling Biasa Semasa Hiking

1. Melecet
Ini paling pedih. Kena pulak dekat celah peha. Nak jalan pun seksa. Boleh menitik air mata beb.

Cara paling senang nak elak melecet adalah pakai pakaian yang sesuai. Kalau peha agak gempal, pakai tight. Letak bedak dan petroleum jelly kat tempat-tempat yang berisiko tinggi pun boleh mengurangkan masalah melecet.

Kalau dah melecet, cuci kawasan melecet bersih-bersih. Melecet ni macam luka biasa jugak, boleh jadi pintu masuk untuk bakteria masuk dalam badan.

2. Gigitan Serangga
Nyamuk, agas dan pacat (pacat bukan serangga, tapi you get the point) bila dah gigit kulit kita, besar kemungkinan kita akan jadi gatal-gatal.

Bawaklah insect repellant. Sembur sikit kat badan. Head net (topi yang ada jaring kat muka) atau kain lubang-lubang macam askar tu boleh mengelakkan gigitan agas dan nyamuk di muka. Ada beberapa cara nak elak gigitan pacat macam sembur Baygon dan lumur air tembakau.

Bawa calamine lotion untuk mengurangkan kegatalan di tempat yang kena gigit.

3. Cramp
Ini sakit bro. Ini sakit. Setiap langkah adalah kesengsaraan.

Tak banyak benda boleh dibuat untuk elak cramp. Pastikan dah training secukupnya sebelum pergi mana-mana trip. Sebelum trekking tu warm up la dulu. Dah habis trekking buat cooling down. Takut tengah-tengah malam masa tidur kaki krem, sakit wooo.

Kalau krem on trek, berhenti sekejap. Rehat dan minum air. Kalau ada rehydration salt, bancuh dengan air dan minum.

4. Kaki Terseliuh
Ini pun biasa. Tersalah langkah, mengundang padah.

Cara paling baik adalah dengan pakai kasut yang ada ankle protection. Tapi bentuk muka bumi dan cuaca di Malaysia tak begitu sesuai untuk pakai kasut macam tu. Jadi cuba melangkah dengan berhati-hati. Trekking pole atau apa-apa tongkat boleh membantu untuk menstabilkan langkah dan mengurangkan risiko terseliuh.

Kalau dah terseliuh, cuba rehat dan balut dengan bandage.

5. Luka Kecil
Tangan terkait duri, kaki terkait dahan, muka terlibas onak. Banyak lagi insiden-insiden yang boleh menyebabkan luka. Walaupun kecil, tapi jangan ambik ringan.

Kalau boleh pakai pakaian yang cover semua. Baju lengan panjang, seluar panjang dan bucket hat. Kurangkan risiko terluka.

Kalau luka jugak, cuci dan pastikan luka anda sentiasa kering. Jangan ada lagi kes necrotizing fasciitis kat Malaysia ni.

Advertisements