Gear Review: Light My Fire MealKit 2.0

Light My Fire MealKit 2.0 ni adalah satu set bekas makanan. Kalau kau bosan dengan design tupperware yang petak empat segi dan warna-warna hambar, kau patut try Light My Fire. Mungkin semua orang Sweden (macam IKEA) memang suka design cantik-cantik dengan warna-warna menyerlah.

 

Set LMF Mealkit 2.0 ni ada 8 item.
1. Plate
2. Bowl
3. Snapbox Original (mangkuk bentuk tiga segi)
4. Snapbox Oval (mangkuk bentuk bujur)
5. Pack-up-Cup (cawan boleh compress)
6. Cutting board
7. Spork (gabungan sudu dan garfu)
8. Rubber harness

788c0889-4514-4630-9afe-8c175feeb558.jpg._CB317255324__SR970,300_

Benda yang paling menarik perhatian dalam set ni adalah Pack-up-Cup. Sebab cawan ni kita boleh compress. Jimat ruang. Dan juga ada penutup yang ada sipper lid. Jadi kita boleh tutup untuk elak tumpah dan boleh minum tanpa buka penutup. Stylo kan?

9f5c36c6-d1a8-4cc8-a9eb-27d39cb7d8fe.jpg._CB318639174_

Tapi sebab bahagian bawah cawan tu agak kecil dari bahagian atas dan agak lembut (sebab diperbuat daripada getah) jadi cawan tu agak tidak stabil bila letak atas meja. Dan hati-hati bila pegang cawan tu. Takut pegang kuat sangat kat bahagian bawah tu nanti habis air tumpah.

 

Benda kedua yang menarik tentang LMF MealKit 2.0 ni adalah plate yang disediakan boleh dijadikan sebagai penutup bowl. Sebenarnya it’s the other way around kami rasa penutup (lid) bowl tu dijadikan pinggan. Penutup bowl MealKit 2.0 ada dinding yang tinggi supaya makanan yang diletak tak tumpah dan sesuai dijadikan pinggan. Apa-apa pun, design ni memang menarik. Tupperware pun tak terfikir nak jadikan penutup sebagai pinggan.

IMG_9754[1]

Bowl + Lid

IMG_9756[1]

Jeng Jeng! Bowl + Plate


Snapbox original dan oval ni takde keistimewaan sangat pun. Cuma it is good bila kita ada extra container. Snapbox original boleh letak sambal dan Snapbox oval kita boleh letak timun, ikan bilis, kacang dan telur contohnya.

Chopping board ni kami tak faham sangat kenapa diletak dalam set ni. Sebab set ni lebih kepada set makan, bukan set memasak. Tapi mungkin bolehlah guna kalau nak potong telur dadar ke apa ke.

 

IMG_9759[1]

Pisau tak disediakan, tapi Spork ni ada bahagian yang macam gergaji. Jadi boleh la buat potong benda-benda lembut.

Oh. Bowl ni ada ruang untuk kita letakkan spork. Menarik juga features ni.

spork

Ciri paling bagus untuk LMF MealKit 2.0 ni adalah semua 8 item ni boleh disusun jadi 1 pek. Betul-betul jimatkan ruang. Rubber harness disediakan supaya semua item ni tak berterabur masa pack. Total berat semua item ni adalah 384g.

Masalahnya, rubber harness ni tak tahan sangat. Kami review  satu set LMF MealKit 2.0 yang baru dibuka dari kotak dan rubber harness dah putus. Belum guna dah putus. Agak mengecewakan di situ.

light-my-fire-mealkit2-blue

IMG_9761[1]

LMF, mohon kau improve sikit benda ni.

Light My Fire MealKit 2.0 ni ada warna oren, lime green, purple (ke fuchsia?), hitam, biru, hijau dan merah. Boleh beli di Jenoba Outdoor.

 

Advertisements