Memilih Kawasan Campsite

1. Cari tempat camping yang dekat dengan sumber air. Senang nak masak, mandi, membasuh, etc. Tapi jangan terlalu hampir dengan sumber air macam sungai. Air.sungai boleh naik secara tiba-tiba (kepala air) dan khemah dan nyawa anda.

2. Cari tempat yang rata. Susah nak tidur kalau camping di kawasan bercerun. Malam tidur kat atas. Bangun pagi sedar-sedar dah bawah bukit.

3. Elakkan kawasan berbatu atau banyak akar. Sakit badan tidur nanti.

4. Clearkan kawasan yang nak pasang khemah. Kalau ada banyak daun kering, sapu dulu. Takut ada binatang berbisa macam lipan dan kala jengking bawah daun tu.

5. Elakkan kawasan laluan air. Laluan air ni masa kering takde air, tapi bila hujan, air mengalir di laluan tu. Tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba ada air mengalir bawah badan. Memang haru.

6. Periksa sarang binatang sebelum pasang khemah. Mana tahu ada sarang semut ke, ada sarang tebuan tanah ke di kawasan berhampiran.

7. Kalau berkhemah bawah pokok. periksa keadaan pokok tersebut. Elakkan pokok yang reput. Tengok atas kalau-kalau ada ranting atau dahan patah yang tergantung menunggu gugur.

8. Elakkan campsite on trek. Trail biasanya kita kongsi dengan haiwan liar. Masa kita tidur, ada banyak haiwan yang aktif. Naya kalau haiwan liar ni langgar khemah kita.

Advertisements