CIRI-CIRI HEADLAMP

Ada orang suka torchlight, ada orang suka headlamp. Dalam konteks camping dan hiking, headlamp lagi sesuai digunakan sebab headlamp ni buat tangan kita free. Kita boleh pakai headlamp sambil tangan kita bebas pegang kayu, masak nasi dan main kad.

Ini ciri-ciri headlamp yang perlu diketahui sebelum membeli headlamp. Tak semua headlamp ada ciri-ciri ni. Jadi pilih ciri-ciri yang sesuai dengan aktiviti.

1. Jenis Beam (Pancaran)
Ada dua jenis beam. Flood dan spot. Flood ni pancaran cahaya lebih luas dan spot lebih tertumpu.

Kalau lepak kat campsite, sesuai pakai flood. Spot ni kalau kita nak menyuluh sesuatu. Biasanya headlamp ada kedua-dua function ni. Boleh tukar-tukar. Tapi ada jugak headlamp yang cuma ada satu function sahaja.

2. Lumens
Lumens ni adalah kekuatan pancaran atau berapa terang cahaya yang dipancarkan oleh headlamp. Lagi tinggi lumen, lagi terang cahaya.

Rule of thumb, 70 lumen dah sesuai untuk night walk. Lebih 100 lumen boleh mem’pinar’kan mata.

3. Jarak Pancaran
Berapa jauh cahaya yang dipancarkan oleh headlamp. Kalau nak guna di campsite, 20m jarak pancaran pun dah kira jauh.

4. Run Time
Run time ni berapa lama sesebuah headlamp tu boleh mengeluarkan cahaya. Biasanya dalam unit jam. Kalau nak jimat bateri, cari headlamp yang run time dia lama.

5. Berat dan Design
Ini penting. Sebab headlamp kita letak di kepala (namapun headlamp. duh!) jadi kalau headlamp tu berat sangat kita akan jadi rasa tak selesa. Kalau design bulky sangat pulak, kita akan rasa macam membawa chandelier di atas kepala.

6. Mod
Headlamp biasanya ada banyak mod. Low, Mid, High, Strobe, Red Light, etc. Paling penting bab mod ni adalah kita senang nak tukar dari 1 mod ke 1 mod lain. Punyalah leceh kalau kita kena tekan 10 kali semata-mata untuk tukar dari mod low ke high. Test dulu headlamp sebelum beli.

7. Regulated Output
Ciri-ciri kat atas tadi boleh kata hampir semua headlamp ada. Regulated output ni bukan semua headlamp ada ciri ni.

Regulated output ni memastikan kekuatan pancaran maintain sama sepanjang masa. Maksudnya bila bateri baru, headlamp akan pancarkan 70 lumens dan bila bateri dah lemah pun headlamp akan pancarkan 70 lumens.

Masalahnya dengan ciri ni adalah kita tak tahu bila bateri jadi lemah. Tiba-tiba je headlamp terpadam. Time tengah membuang di tengah malam pulak tu.

8. Red Light
Ada sesetengah headlamp sediakan mod red light. Red light ni tak sakitkan mata sangat bila digunakan. Jadi kalau bersembang tu, takdelah kena maki dengan kawan depan sebab mata dia silau kena cahaya headlamp kita.

9. Water Resistance
Kalau boleh carilah headlamp yang water resistant. Mana tahu kena trekking masa hujan ke apa ke.

10. Jenis Bateri
Ada headlamp yang boleh digunakan dengan bateri lithium. Ada yang boleh digunakan dengan NiMH. Ada yang boleh digunakan dengan alkaline.

Terbaik kalau pakai headlamp bateri lithium. Kuasa bateri lithium maintain walaupun cuaca sejuk. Kuasa bateri alkaline kaput pada cuaca sejuk.

Kalau pakai headlamp bateri alkaline, jangan letak bateri lithium. Nanti rosak circuit.

Advertisements