TIPS MEMILIH HAMMOCK

Trend hammock dah semakin popular di Malaysia. Ada pelbagai jenis hammock di pasaran sekarang. Persoalannya, macam mana nak pilih hammock? Features apa yang kita perlu tengok sebelum beli hammock?

1. Saiz
Panjang dan lebar hammock. Pastikan hammock yang nak dibeli tu panjangnya lebih sikit dari ketinggian anda. Kalau tak nanti kena tidur mengerekot pulak.

Kalau jenis badan besar mungkin perlukan hammock yang sedikit lebar. Hammock yang lebar untuk orang berbadan kecil akan ‘menyelubungi’ badan. Jadi make sure pilih hammock dengan saiz yang betul.

2. Sistem Suspensi
Hammock yang ada sekarang biasanya menggunakan sistem suspensi: strap dan carabiner atau hook. Ada brand yang jual sekali dengan hammock, ada brand yang jual asing.

Strap ada dua jenis. Tree strap dan rope. Tree strap biasanya mahal sedikit.

3. Max Load
Ada hammock yang boleh tampung 100kg, ada hammock yang boleh tampung 150kg. Bergantung kepada material dan brand. Kalau berat anda 120kg, jangan beli hammock dengan max load 100kg. Memang bahang tanoh.

4. Berat & Packing Size
Ini penting kalau anda letak hammock dalam beg. Cuba cari hammock yang paling ringan dan yang paling jimat ruang beg.

5. Aksesori
Aksesori biasanya dijual berasingan. Contoh aksesori macam tarp (bumbung) dan mosquito net.

Advertisements