ILMU PENDAKI WANITA

Artikel ini telah ditulis olehΒ Anastasia Azlan dalam facebook beliau pada tahun 2015. Anastasia Azlan membenarkan myjenoba.com untuk berkongsi semula artikel ini supaya menjadi panduan pendaki-pendaki wanita.

 

ILMU – DILEMA PENDAKI WANITA

21# PENDAKI WANITA perlu menjaga diri dari segi pergaulan yg bercampur. Bila tidur bawah fly tu klu blh tidur bersama kaum hawa ada kawan. πŸ˜‰

22# TIPS sblm trekking BACA surah Al-Fatihah dan 4 Kul sebagai pendiding diri kerana makhluk dari alam lain lebih tertarik kepada kaum hawa.

23# ISU sensitif/ILMU wanita yang datang bulan, jaga tuala wanita cuci di tempat air mengalir deras sehingga bersih dan bungkus asingkan.

24# Di tempat yg tak ada air, kaum hawa yg dtg bln boleh guna kaedah bungkus dgn surat khabar & balut dlm plastik simpan tempat tersorok.

25# Salah satu tempat yg sesuai utk dlm poket WATER BLADDER/H20. Malam tidur dgn bag letak di atas kepala. Perlu dijaga elak dari diganggu.

26# HAWA minta maklumkan salah seorang kawan perempuan. Bila ke sungai tengah malam atau nak buang air ajak kawan/berteman.

27# Tisu/wet tisu yang digunakan simpan masuk dlm plastik kecil bungkus bila jumpa sungai cuci bersih-bersih. Bawa sabun mandi lebih sikit.

28# GENERAL kaum adam/hawa sebelum masuk hutan diri perlu lah bersih. Jgn lupa mandi wajib. PENTING!

29# TIPS untuk wanita yang sakit kene period pain dlm hutan. Saat kesakitan pinggang yg teramat sangat. Minta/buat air panas minum air suam.

30# Minta bantuan kaum adam bawa sedikit ration. Memang sakit period pain. Kaum adam tolong kaum hawa bawak 1kg beras. πŸ˜‰πŸ’ͺ

31# Kaum Adam dijadikan kuat tenaga dan Kaum Hawa dijadikan kuat semangat. Wanita mampu mendaki gunung kerana SEMANGAT.

32# Jangan lupa bawa kain batik senang tukar baju emergency bila kemsite cramp dan dijadikan tuala mandi.

33# PARUT musuh kaum wanita selepas terkena gigitan, sapu bio oil atau virgin oil untuk hilangkan parut. Selamat mencuba! πŸ˜‰

34# JIKA anda diganggu oleh lelaki gatal/miang atau cuba mengambil kesempatan terus menjerit atau mengadu pada gogo/guide dan asingkan diri.

35# JANGAN rasa takut dan membiarkan keadaan begitu berterusan. Anda ada hak! Fight! Go girls! πŸ’ͺ

36# Kulit yang terkena sunburn disaat anda bergembira diatas puncak gunung, sapu virgin oil atau aloe vera. Stay classy! πŸ˜‚

37# Dinasihatkan jangan jalan berseorangan. Sekurangnya ada teman lekaki/perempuan bersama. Kawal emosi didalam hutan jgn pewai menangis.

38# DALAM keadaan yang lemah mudah utk makhluk halus ganggu diri kita. Rehatkn diri take 5 dan chill. Teruskan langkah dgn semangat positif!

39# WANITA lebih mudah terkena hypothermia(kesejukan melampau). Pakai stokin dan tutup ubun kepala sewaktu tidur malam. Minum air panas.

40# KUKU TERCABUT jumpa doktor minta doktor yg cabutkan/cabut sendiri sapu virgin oil supaya kuku jadi lebih kuat/tidak hitam. 3 bulan baik.

BONUS: Kaum hawa yg tak pandai memasak kene tlg dekat dapur masa orang dapur memasak. Sambil tu rajinlah bertanya dan jgn takut utk mencuba!

P/s: BILA kaum lelaki suruh kaum wanita mandi dulu tiba di kemsite jgnlah ambil masa terlalu lama seperti mandi dirumah. Kesian kaum lelaki.

ITU tanda hormat mereka kepada kita, mereka pun rasa melengas & busuk ada masa nak ambil air utk memasak. GIVE & TAKE! Respect each other. πŸ˜‰

Terima kasih kepada wartawan tak bertauliah, Nadyrah Zain yang berusaha mencari kembali artikel ini.Β 

 

Advertisements