Tutorial Menentukan Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kompas

Soalan: Apasal pulak nak pakai teknologi kuno ni? Sekarang kan dah ada apps, ada gps apa semua?

Jawapan: Sebab bateri GPS dan handphone dah habis.

1Apa-apahal, kita kenal dulu bahagian-bahagian kompas.
– Benda yang boleh pusing-pusing kat kompas ni kita panggil dial. Atas dial ada nombor yang menunjukkan sudut ataupun bearing.
– Anak panah merah yang berpusing sekali dengan dial tu kita panggil orienteering arrow.
– Jarum warna merah tu dipanggil jarum magnetik. Jarum ni sentiasa menunjuk ke arah utara.
– Body atau base plate ni badan kompas la

2
1. Pusingkan dial supaya bearing menunjukkan angka 292.
– Range bearing kiblat dari Malaysia dalam lingkungan 291-293 darjah. Kalau anda tahu dengan tepat berapa bearing kiblat dari kedudukan anda, sila guna value tersebut. Admin guna 292 untuk memudahkan tutorial.

2. Perhatikan jarum magnetik tidak berada dalam kedudukan selari dengan orienteering arrow.

3
3. Untuk mendapatkan arah kiblat, kita kena pastikan jarum magnetik berada selari dengan orienteering arrow. Jadi, pusingkan body/base plate kompas sehingga orienteering arrow dan jarum magnetik berada selari.

44. Arah body plate adalah arah kiblat.

Advertisements