Sistem BPR Dalam Grup Hiking

Artikel ini telah ditulis oleh Shafiq Azmi dalam satu group whatsapp. Myjenoba tuliskan semula dengan kebenaran Shafiq Azmi agar semua orang dapat manfaat daripada tulisan beliau.

Ni nak share sikit utk panduan bersama. Kalau saya yang bagi briefing sebelum memulakan pendakian, saya akan sebutkan pasal sistem (B.P.R). Bukan bumiputera rockers atau badan pencegah rasuah, tapi,

B-buddies
P-pace(kelajuan) dan
R-regroup.

1. Buddies
Buddies ni bermaksud apabila kita trekking, kita hendaklah at least sentiasa berdua (ada buddy). Walau sekadar nak buang air atau nak menyimpang kemana-mana(mungkin singgah ambil gambar dsb). Byk kelebihan bila berteman dan tidak terlalu bergantung pada sweeper. 

(Berdua memang lebih baik. Kalau apa-apa berlaku pada kita, buddy kita boleh ambil langkah sewajarnya macam panggil orang atau bagi bantuan awal. Kalau jalan sorang-sorang, mereputlah kau kalau tiba-tiba kau jatuh tebing)

2. Pace
Pace ialah dengan menjaga langkah agar tidak terlalu laju atau terlalu perlahan. Cukup sekadar disiplin dengn masa dan dengar arahan guide. Malangnya ada segelintir tu yg kadang-kadang rasa bangga bila dia dpt cucuk guide.

“Aku hari tu ikut je belakang guide sampai nampak dia pewai..hahaha”.

Ada jugak segelintir guide yang kurang sabar, terus tukar gear menonong laju tinggalkan peserta.

“Aku nampak dia mcm nak test aku je, aku pun laju je la..padan muka kena tinggal..hahaha”.

Ada jugak yang bangga dia sampai awal atau sampai dulu walaupun bukan ada hadiah yg ditawarkan. Kesannya, orang belakang yang dah sememangnya pewai akan makin pewai bila makin mental akibat tak jumpa-jumpa orang depan. Dan orang depan yang konon laju ni pun terlupa yang dia pun ada potensi untuk terlibat dengan kecelakaan dan perlukan bantuan dari orang belakang yang biasanya dah pewai. Oleh itu, jagalah jarak masing-masing.

(Sebab tu penting ada 1st man atau pacer. Siapa tak faham pasal pacer boleh rujuk artikel ni)

3. Regroup
Regroup-ialah dgn cara menetapkan masa atau tempat utk berkumpul semula. Guide yg berpengalaman biasanya akan melihat kondisi peserta dengan menetapkan masa utk regroup. Guide akan meletakkan cut-off time dan dari situ akan dapat menilai kondisi peserta dan dapat membuat beberapa keputusan tentang group tersebut.

Malangnya ada segelintir trip yg kadang-kadang tak pernah nak regroup. Yang laju dah sampai ke puncak dan yg perlahan atau cedera dah tersangkut ditengah jalan atau berpatah balik tanpa pengetahuan yang diatas. Nak arrange bantuan pun dah tak effisien.
InsyaAllah kes-kes SAR ini dapat kita sama-sama elakkan sekiranya tindakan yang sewajarnya telah diambil. Kalau dah nak jadi jugak, anggaplah itu takdir dan ujian dari yang Maha Esa.

Advertisements