6 Posisi Asas Dalam Kumpulan Mendaki

Sama macam team bolasepak. Team hiking kena ada player yang duduk di posisi masing-masing untuk memastikan kelancaran trip.

ketua xpdc1. KETUA XPDC
Ini jawatan yang paling penting. Kalau takde ketua xpdc, hancur trip.

Ketua xpdc ni tugasnya adalah buat keputusan. Nak teruskan ke, nak patah balik ke, nak campsite dua hari ke, 4 hari ke, semua ni dibawah keputusan seorang Ketua XPDC. Selalu discuss dengan guide untuk dapatkan info dan insight supaya memudahkan keputusan dibuat.

Biasanya ketua XPDC berkuasa melantik posisi-posisi lain. Kalau dia tak lantik, dia wajib tahu siapa yang menyandang jawatan-jawatan lain supaya senang dia nak berikan tugas.

 

1st man2. 1st MAN
Duduk depan sekali dalam kumpulan dan di belakang guide.

Boleh juga dipanggil pacer. 1st man kena pandai ambik hati guide. Agak-agak grup dah jauh sangat kat belakang, offer guide air strawberry suruh dia berhenti kejap sambil tunggu orang belakang.

 

sweeper
3. SWEEPER
Orang paling last. Takde dah yang paling last selain sweeper (kecuali korang kena main).

Mental kena kuat. Daya motivasi kena tinggi. Tambah-tambah kalau kena sweep orang injured atau orang slow.

Selalu juga dijadikan sebagai pengutip sampah. Nampak sampah yang dibuang orang depan, jangan segan-segan kutip.

 

1st aid4. 1st AIDER
Fungsi dia bagi bantuan kecemasan secara umum la. Kalau ada orang terkehel ke, luka ke, 1st aider la yang kena tolong. Bergantung kepada saiz grup, 1st aider boleh jadi seorang, dua orang atau 3 orang.

Mesti tahu asas 1st aid.

Ada 1st aider tak bermaksud peserta lain tak payah bawak 1st aid sendiri. Kadang-kadang tak dapat contact 1st aider, jadi kena guna 1st aid sendiri.

 

runner
5. RUNNER
Yang paling fit. Yang paling laju.

Boleh digunakan untuk pelbagai perkara. Lari kejar guide untuk bagi info, patah balik campsite ambik barang tertinggal, lari pergi ambik 1st aid. Apa-apa sahaja yang perlu menggunakan kudrat berlari.

 

chef6. CHEF
Jawatan ni bergantung kepada jenis trip.

Kalau open trip yang makanan disediakan secara centarlize kena ada chef yang dilantik khas untuk masak.

Kalau pergi dengan grup sendiri yang dah kenal lama, boleh masak secara berkumpulan. Satu kumpulan 5 orang, semua orang masak sama-sama.

Advertisements