Epikride by Epikrazeist| Boh – Terisu

Epikride ni kalau ikut definisi myjenoba bermaksud trip camping berbasikal. Yes. Pergi camping naik basikal. Offroad. Route biasanya tak commercial dimana team epik kena bukak peta dan kompas untuk cari route. Ini log epikride dari Boh ke Kg. Terisu yang dibuat oleh team epikrazeist pada tahun 2007.

DATE : 18 – 19 February 2007
LOCATION : From Boh Plantation to Pos Terisu, Cameron Highlands (via Pos Mensun, Pos Telanuk, Kg Terakit)
DISTANCE : 58.2 km

RIDERS :
Faris
Al-Miimi
Bob Gebu
Nije Womanizer
Yus Bangkai

18 FEBRUARI 2007 (AHAD)

7.30 a.m

Memulakan perjalanan daripada Kem Sungai Pauh
Breakfast kat Tanah Rata, ternampak geng-geng beskal, tapi tak sempat nak tegur
Tukar tayar van, sebab kurang angin, Yus cakap bocor tp nmpk mcm ok je, tp tukar gak takut jd apa²

setting

9.20 a.m

Epic Ride bermula….
Perjalanan dimulakan daripada Boh Plantation. Koordinat 4° 26.88 N, 101° 25.35 E. Tinggi 1400 meter.
Starting memang best giler. Downhill direct, view lak ladang teh. Mmg masyuk giler ah. Tp bahaya gak, byk selekoh tajam, jalan tar…
Ladang teh sampai signboard ‘Selamat Datang ke Perkampungan Orang Asli Daerah Cameron Highlands’. Ambil simpang kiri menghala ke Kuala Boh

starting boh

10.10 a.m
Satu kecelakaan berlaku, Bob tergolek. Luka agak parah gak, dalam gak. Lengan kanan berdarah teruk. Masuk lubang, jln kat sini teruk skit, byk lubang. Tayar depan bocor
Bob time nie dok blkg sekali, nasib baik aku sedar, bdk² nie syok lyn downhill. Diorng tunggu kat depan.

injured

10.30 a.m
Sampai kat Kg Kuala Boh. Rumah ada Astro tue. Huhu.. Singgah ambil gambar jap je.
Kedudukan kat sini, 4° 25.98 N, 101° 29.67 E, tinggi 676 meter.
Mmg syok lyn downhill, daripada 1400 meter turun 676 meter beb…

10.55 a.m

Sampai Pos Mensun, diorang tgh ada Hari Sukan, Mimi tanya acara apa ada, diorang ckp acara menyumpit. Hehehe..
Bdk² kat sini ramai giler, takut je tgk, asyik follow je. Mula² ingat nak bagi wafer, tp ramai sgt..
Seblm sampai sini dari Kg Kuala Boh, lalu highway yang tengah buat. Sampai Kuala Lipis kalau tak salah. So, pasni dah tak bolehlah nak offroad kat sini. Kalau ikut keadaan, tak lama lagi siap lah kut.

menson

ringlet-lipis

11.52 a.m
Sampai kat Kg. Tiat, kitaorang terlajak, terlepas simpang ke Pos Telanuk. Sebab tgk gps bacaan ok tp xtau mana silap, gps atau map. Mula-mula ingatkan baru sampai Kg Renglas, so kitaorg teruskan perjalanan.
Tapi kitorg dah konfius skit sbb tak jumpa Pos Telanuk, tapi kitorg konfiden sbb dlm map, Pos Telanuk sebelah kiri, seberang sungai. So buat assumption, kitorg tak nampak.
Time nie mmg downhill direct je, so mmg syok lyn. Tapi ada gak naik. Cuaca time nie dah start panas. Dah terasa bahang kepanasan.

terlepas simpang

menangisi nasib akibat terlepas simpang

12.18 a.m

Berhenti lunch selepas satu simpang, ambil kiri. Ingatkan simpang selepas Kg Renglas tue, berdasarkan map lah.
Nasib baik ada orang lalu, brader jual aiskrim. Dia ckp depan nie skit Kg Pinang. Kitorg dah gelabah gila, sbb kalau ikutkan peta, mmg Kg Pinang nie jauh giler dah terlepas drpd Pos Telanuk.
Aku ngan Mimi nakkan kepastian, so kitorg jalan kaki g survey depan. Nasib baik tak jauh, bdk² kat situ ckp mmg Kg Pinang. Kemudian kitorg tanya boleh tak drpd Kg Pinang nie ke Kg Terakit. Diorg ckp tak boleh, jalan dah takder. Kalau ikutkan map ada je, lg dekat daripada kitaorg terpaksa patah balik ke Pos Telanuk tue.
Time nie masing² dah mula drop mental skit, terpaksa patah balik, dahlah uphill, panas lak tue, tp terpaksa gak, takde alternatif lain.
Tiap kali kitorg jumpa org tanya Pos Telanuk tp semua tak tau. Ada mamat cina tue ckp, ikutlah hway baru tue, blh ke Kuala Lipis. Hahaha…. Blh g umah Datuk Siti Nurhaliza. Huhu..
Tak ingat sampai kul bapa kat Pos Telanuk, tp simpang tue mmg tak nampak, terlindung skit. Cross jambatan. Kedudukan kat sini 4° 26.71 N, 101° 34.16 E. Tinggi 165 meter. So, sapa² yang nak buat pasni pastikan jgn terlps simpang nie, mmg dkt selekoh dan time downhill, belah kiri.

makan

2.50 p.m

Sampai kat Kg Terakit. Kat sini tak moden lagi, rumah tak sampai 10 buah je kut yg ada.
Jumpa Tok Batin, tulis nama dalam buku yang dia bagi. Kosong lagi buku tue. Hehehe.. Mintx buah ngan dia tapi dah habis dia ckp. Aduhai melepas lak nk mkn ubi bakar… Time nie mmg dah letih gila. Rasa nak tidur kat sini je..
Tok Batin ckp tak jauh dah dari sini ke Pos Terisu, dalam 4 jam je dia ckp kalau jalan kaki. Tak yer ker tak Tok Batin nie.. Tp dia suh cepat seblm malam sbb dia ckp takut kepala air jer time nak cros sungai tue. Dia ckp bahaya, air deras..
So apa lagi, kitaorg terpaksa gerak cepat, xleh rest lama². Ingat nak ambil air kat sini tp tak berani lak.. Stock air mmg dah kritikal.
Koordinat kat sini 4° 28.59 N, 101° 35.35 E. Ketinggian 280 meter.

4.00 p.m

Sampai Kg Rening. Cross satu jambatan, tapi air ada jer atas jambatan tue. Huhu..
Aku ngan Bob g kat org kg kat situ, tanya psl Pos Terisu, dia ckp jauh lagi. Dia ckp kalau diorg jln pun 2 jam, tue laju. Pastu Bob mintak air ngan brader tue, tp dia boleh wat taktau jer. Bob hangin btl. Pelik tue aku ngn org kg nie….
Koordinat Kg Rening 4° 29.81 N, 101° 34.96 E. Ketinggian 366 meter.
Brader tue ckp kitorg terlepas simpang ke Pos Terisu, dia ckp btl² sebelah kiri selepas cross jambatan tue. Nasib baiklh tak jauh sgt.
Memang simpang nie tak nampak pun, jalan mcm xde org lalu jer. Jalan tak nampak langsung, dgn semak samun tebal. Risau gak dibuatnya, hari dah gelap tapi kitorg teruskan gak.
Kat sini jalan flat, tak byk uphill dan downhill, kalau ada downhill pun dah tak larat nak layan, semua dah piawai. Kalau ada uphill kitorg tolak jer.. Hahaha…

5.50 p.m

Nasib baik jumpa satu sungai, walaupun kecil jer tapi air ok.
Rest jap, fkr masa depan.. Semua menyesal dah. Hahaha.. Tobat nie dah last…

6.10 p.m

Alhamdullilah, sampai sungai yang dinanti² kan. Sungai terakhir yg akan dicross. Sungai Telom..Kalau ikut dalam peta, dah tak berapa jauh dah Pos Terisu… Tapi….
Semua termenung tgk keadaan sungai tue… Deras giler air dia. Jambatan yang ada dah tenggelam, ader skit jer yg nampak. Masing² dah risau giler. Taktau nak watpe. Hmmm… Mimi g test sungai tue, mmg risau giler tgk. Kederasan air mmg tahap dewa lah, kalau tergelincir mmg arwah lah..
Kitorg terpaksa gak cross sungai nie, sbb hari dah makin gelap. Mula² passing basikal smpi kat tengah jambatan tue. Kemudian drpd situ smpi ke hujung jambatan dah runtuh, terpaksa cari alternatif lain. Nasib baik ada batu kat situ..
Time nie mmg dah cuak giler, air makin cepat naik, mmg nampak air tue makin tinggi. Semua berdoa dalam hati agak xde apa² berlaku. Time baru rasa keinsafan dalam diri…
Alhamdullilah, semuanya selamat menyeberang sungai. Panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana melindungi kami dari sebarang kecelakaan.. Kitorg terpaksa ambil masa lebih setgh jam utk cross sungai nie..
Rest kat sini smpi pukul 7p.m. Solat kat sini..

sungai

sungai2

7.40 p.m

Berhenti rehat untuk menhormati penghuni alam rimba yang lain…
Lapar sgt², mkn jer apa yang ada. Nasib baik ada roti, tapi dah last.. Wat air dulu, kasi panas badan dulu… Energize balik energy…
Rehat kat sini sampai pukul 8.20 p.m.

8.50 p.m

Berhenti rehat lagi sekali…
Jalan dah start ok, jumpa jalan simen, baru rasa lega, nasib baik bulan pun terang.. Langit cerah, bintang nampak dengan sangat jelas..
Tapi jalan mencanak gila. Huhu.. pe lg, jom tolak ramai². Hehehe.. Start dari sini cramp Yus menjadi² lak. Tah berapa puluh kali dia cramp. Nije pe lg ambil kesempatan pijak kaki Yus. Hahaha…
Koordinat kat sini 4° 30.98 N, 101° 31.44 E. Ketinggian 773 meter.

10.45 p.m

Alhamdullilah, syukur… Akhirnya ternampak lampu kampung.. Yahoo.. akhirnya berjaya gak sampai dekat Pos Terisu. Tp dah sunyi kg nie. Semua dah tido.
Sampai depan gate sekolah tp tutup lak, panggil tak dengar lak.
Aku ngn Yus naik atas balik tanya org kg yg lain, Mimi, Bob ngan Nije lak trn bwh, tgk quarters guru kat situ. Tapi masing² hampa, semua dah tido…
Panggil lagi sekali guard kat sekolah tue, nasib baik kali nie dia bangun…
Dia bagi kitorg lepak kat situ, tanya dia de tak kereta, kitorg nak kuar mlm nie gak. Dia g tanya member dia, kitorg lepak² dulu. Masak dulu beb, perut lapar gila.. Dah berapa kali bunyi mintx diisi.
Member guard nie mintx mahal lak, rm100 mula². Pastu tawar dia bg RM70 jer. Kitorg xnk lah, tidur jelh kat sekolah nie dulu, esok baru fikir alternatif lain…
Berakhirlah seharian yang memenatkan tapi banyak mengajar erti kehidupan.. Hari yang memberi keinsafan… Memikirkan dosa dan pahala… Rasa seperti diberi satu kehidupan yang baru…..

map

19 FEBRUARI 2007 (ISNIN)

Bermulalah suatu diari baru… Masing² dah mendapat rehat yang secukupnya. Tidur puas walaupun hanya beralaskan sekeping papan dan dibaluti dgn sehelai flysheet sahaja… Hehehe… Hmmm, memikirkan macam mana nak balik ke Berinchang nie. Jauh lagi tue.. Dahlah uphill. Mimi ngan guard tue cuba pergi tanya mana² 4wd yang ada. Tp hampa, semua takda. Akhirnya satu keputusan yang sukar terpaksa dilakukan… Kayuh… Huhu…. Setting balik beskal mana yg patut. Makan puas² dulu. Walaupun makan cekodok je tp kenyang rasanya.. Nasib baik ada lg maggi ngan telur mata. Pe lg, balun je semua.

Perjalanan dimulakan, hari nie panas maa.. Terik jer. Dekat kul 10a.m lbh gerak rasanya kalau tak salah. Semua bermalas-malasan… Sampai kat hujung Pos Terisu terjumpa satu 4wd. Pe lagi, rezeki nie. Tanya brader tue, dia ckp ok, tp dia nak turun bwh dulu ambil sayur.. Brader nie baik betul, walaupun bukan Melayu tp sanggup bagi tumpang. Dahlah 4wd dia baru lagi tue, dia ckp xpernah lagi bwk brg 4wd nie. Huhu.. Sungguh baik hati lelaki India nie. Siap singgah umah abg dia lagi, ambil mak dia, bagi minum lagi tue. Abg dia nie tokei sayur ngan bunga kat sini..

Jalan jem skit seblm sampai Berinchang, dekat Teringkap, maklumlah cuti umum… Brader nie hantar kitaorang sampai ke Balai Polis Berinchang. Time nie hujan dan mula lebat. Selepas report dekat polis, kitorg pergi lunch dulu sambil memikirkan macam mana nak g ambil van dekat Boh tue pulak. Pas makan g tanya teksi, nasib baik ada.. Tapi mahal lah gak tp nak wat mcm mana terpaksa gak. Mula² ingat nak mintak tolong En Zaimi sebab dia ckp nak turun Cameron tapi dia tak jadi turun lak. Bob ngan Yus g ambil van. Kami bertiga lepak dekat Kem Sungai Pauh.. Pastu apa lagi, jalan² kat pasar malam Cameron lah. Kul 8 p.m lbh baru bertolak balik..

Berakhirlah sebuah epic ride yang meninggalkan seribu satu memori… Satu kenangan terindah… Tahniah kepada semua rider, Mimi, Bob, Nije, Yus and myself. Huhu… Moga jumpa lagi dalam epic ride yang akan datang….

van

Alhamdulillah diorang ni guna van ni di jalan yang benar. (if you know what I mean)

Log nukilan faris.
———————————————————————————————————

terisu-boh epic..camane aku nak summarize eh…lebih kurang cam ni la…

teringat muka maro kat r n r tapah, sian dia kene tinggal..hehhehee…

long long fast downhill, (boh ke pinang/tiat) not really technical but very fast. bob eksiden.

ade highway ke kuala lipis under construction..

tersasar dalam 2km ke kg pinang/tiat, pastu tgh2 ceruk tu ade plak orang nek motor jual eskrem..hahaha!

kg renglas yang unik..umah kat sini sume atap nipah..dinding sume jalinan buluh..eh ye ke..ntah..tp yang pasti umah dorang mmg klasik umah orang asli la..lantai pon buluh…

tiap kali take 20 nije mesti kencing. kene ganti buah pinggang le…

the scary sungai telom, kalo tak silap a..sungai yang kite cross nak dekat maghrib tuh..cuak nak mampus aku time riki tuh..air laju..jambatan tenggelam paras lutut..ujung sana jambatan runtuh..belah kiri jambatan tu air laju mcm air terjun, berbatu lak tu..silap jatuh leh senget tengkorak..tp yang bengangnye bila pesa gi lepas tu ngan geng2 fakawitribe, selamba badak jek dorang cross ikut belah kanan jambatan. air paras kemaluan jek..hampes.

night ride dalam langit terang..byk bintang…jason yus cramp ntah bape puluh kali malam tu..asal bukit jek tolak..takde kayuh dah…fares jek steadi kayuh..maklum le baru balik Kayuhan Kehidupan…hehehe..aku, rasa nak merangkak ngan beskal tu jek kalo bleh..bob aku tau dah..mesti nak ikat tali kat beskal fares..nije yang asek tido kalo benti..

tido atas plywood kat kantin skolah terisu..makan malam kol 11 lebih..

brader powil yang baik ati nak tolong tumpangkan kitorang ke berinchang..

pastu jalan jem gile raya cine..seb bek tak kayuh ke berinchang..kalo tak malu le ramai orang tgk kitorang tolak beskal nek bukit.hahahah..

tingat masa dalam powil tu, ade sorang makcik tgh soping (area kea farm) senyum kat aku sbb aku puji anak dara dia lawa…heleh acah je tu…

adoi bestnye epic…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s