Interview: Mangsa Bakteria Pemakan Daging

Haritu kami ada tulis satu artikel tentang bakteria pemakan daging. Hari ini kami interview terus mangsa jangkitan kuman yang hampir-hampir membawa beliau ke alam maut.

WhatsApp-Image-20160603

myjenoba: Bila ko kena ni?
aizudin: Tak ingat dah tarikh.

myjenoba: 3 tahun lepas kan? 2013?
aizudin: Tapi aku ingat la kena waktu petang dalam pukul 5. 3 malam stay kat dalam hutan lagi baru keluar. First kena luka panjang 1 inci. Awal tahun 2015.

myjenoba: Laaa. Tahun lepas.
aizudin: Hujung januari 2015. Dalam hari ke 7 trip kena. Lepas kena macam biasa la berdarah takde rasa sakit.

myjenoba: Mcm mana boleh luka tu? Teruk tak luka yang mula-mula tu?
aizudin: Kena sebab aku pkai pisau aku buat menebas. Tak sengaja pisau terlantun kena kaki. Luka 1 inci panjang, dalam 1cm.

 

myjenoba: Demit. Dalam jugak tu
aizudin: Tak menebas manea pun sebenarnya. Potong-potong duri je. Yang halang jalan.

myjenoba: Masa ko tgk luka tu ko rasa teruk ke biasa-biasa je luka tu?
aizudin: Masa first tengok besar memang besar laaa luka. Tapi anggp macam luka biasa je. Sebab tak expect akan jadi teruk merebak.

myjenoba: Aaaa. Pastu apa treatment ko buat?
aizudin: First lepas kena tu aku basuh dengan air, dettol. Pastu sapu ubat kuning. And then tampal dengan plaster. Masa trip tu kami slalu nite walk

myjenoba: Hari ke berapa dalam trip masa tu?
aizudin: First time tak jumpa air bersih. Air kuning baru lpas banjir. Masa tu dalam hari ke tujuh kat kg rekom kami bermalam.

myjenoba: Ada berapa hari lagi nak keluar masa tu?
aizudin: Takde bekalan air proper so first night pun basuh  dengan air minum je. Tampal plaster. 3 malam aku bermalam dalam hutan lepas luka tu.

myjenoba: Kiranya ko cuci la luka tu tiap-tiap hari? Tapi pakai air sungai?
aizudin: Cuci pakai air sungai yang bawak laa.

myjenoba: Aaaa. Ok. Ok.
aizudin: Malam pertama dengan kedua aku sempat cuci sebab kami bermalam elok je. Ada campsite. Malam ketiga sebelum keluar tu aku tak sempat cuci. Sebab kami tido on trek je.

myjenoba: Luka makin teruk atau nampak makin baik bila kau cuci?
aizudin: Masa hari ketiga lepas kena tu kaki aku dah start bengkak sikit. Jadi merah jalan pun tak sedap dah. Malam kedua aku dah start rasa demam badan panas berpeluh-peluh. Sebab infection dah start merebak.

myjenoba: Ada redah sungai?
aizudin: Hari kedua dengan hari ketiga memang ada jalan redah sungai. Sungai memang paras betis. Kira tercelup habis laa tempt luka. And then seluar dengan tempat luka tu pun mostly all the time basah. Tak proper jaga.

myjenoba: Luka > demam > kaki bengkak.
aizudin: Ha’a. Lebih kurang gitu laaa

myjenoba: Demam tu ko rasa sebab luka ke atau kau rasa demam biasa?
aizudin: Hari ke empat kaki bengkak dah tak boleh jalan. Ada kesan macam nanah tempat luka. Aku rasa sebab luka. Sebab badan memang rasa tak sedap habis. Cuma masa tu aku makan ubat tahan sakit. So boleh lagi jalan sampai hari keempat. Hari keempat aku jalan slow abis dah. Kepala start pening.

myjenoba: Hari keempat tu hari keluar kan?
aizudin: Yer

myjenoba: Dengar kata ko tak boleh jalan langsung?
aizudin: Boleh je jalan tapi slow-slow laaa. Sbb pening kepala.

myjenoba: Kaki tak sakit?
aizudin: Kaki bengkak habis. Tak boleh lipat or gerak pun. Cuma tarik-tarik gitu je jalan.

myjenoba: Seret je la kaki?
aizudin: Seret kaki. Dalam 30minit sebelum sampai kg rantau guide start pikul. Sebab dah tak boleh jalan langsung.

myjenoba: Tak boleh jalan sebab pening atau sebab kaki?
aizudin: Pening. Blood pressure dah start turun.

myjenoba: Oooo. Keluar tu terus pergi hospital? Hospital mana?
aizudin: Jadi mcm lemah habis. Keluar naek bot dari kg rantau dalam pukull 5. Pukul 7 lebih sampai kat pengkalan bot gerik. Masa atas bot aku dah start tak sedar diri. Kejap sedar pastu tidur balik. Dalam pukul 9 lebih pergi hospital gerik.

myjenoba: Perghhh. Tak sedar diri terus. Describe sikit keadaan luka kau masa hari last tu zu.
aizudin: Macam dalam gambar aku bagi tulaa. Luka dah start jadi kuning. Ada tompok-tompok hitam.

WhatsApp-Image-20160604

myjenoba: Tompok hitam tu lebam ke apa?
aizudin: Bau pun busuk macam benda buruk. Betis merah macam lebam dan bengkak. Hitam infection. Macam ayam buruk simpan lama. Hitam dan bernanah

myjenoba: Infection dah gerak ke tempat lain la eh. Cilakak. Busuk gila. Sampai hospital doc kata apa? Sempat lagi kau ambik gambar ni kat hospital. Ko tak rasa ajal dah dekat ke? Haha
aizudin: Smpai hospital doktor tak boleh buat apa pun sebab dah lewat mlm. Doktor yang pakar on that pon takde. Ni masa kakak aku datang ni sempat ambik. Memang ajal dah dekat pun time tu. Operation start pagi dlm pkol 9. Blood pressure rendah abis.Nak smpai 80 dah.

myjenoba: Doktor dah tahu la punca penyakit ko tu?
aizudin: Antara sedar dengan tak je. Masa tu memang dah tahu la sebab infection. Dia tengok condition kaki semua.

myjenoba: Operate buang daging ke apa?
aizudin: Then kira die decide buang daging yang dah kena kuman tu. Yang hitam-hitam tu semua dia buang

myjenoba: Besar jugak area yang dia buang tu.
aizudin: Then masukkan air banyak-banyak untuk cuci balik kuman dalam darah. Bagi darah normal balik. Sebab kalau ikut doktor haritu memang kuman dah merebak satu badan. Sebab tu aku jadi tak sedar.

myjenoba: Doktor takde cakap berapa persen peluang hidup mcm dalam drama tv3 tu?
aizudin: Sebab blood pressure rendah haritu. Cakap je kat kakak aku risiko mungkin koma.

myjenoba: Ko masuk icu kan?
aizudin: Ha’a yer. Satu mlm tidur icu. Sebab dia nak bagi stabil balik.

myjenoba: Eh. Daging yg dia buang tu dia ganti lain tak?
aizudin: And then doktor ada cakap jugak mungkin kaki aku knea potong if infection tu merebak ke tulang. If aku delay lagi keluar haritu.

myjenoba: Sittt. Apa perasaan ko time tu?
aizudin: Aku tak dengar pun. Kakak aku cerita lepas keluar icu je. Perasaan ngeri kot takde kaki. Alhamdulillah ada lagi.

myjenoba: Alhamdulillah
aizudin: Sebab ada kes infection kaki memang tak boleh selamat. Yang dia buang tu tak ganti lain. Cuma dia tampal dengan kulit kaki sebelah kiri.

myjenoba: Jadi macam berlekuk sikit la kaki kau sekarang?
aizudin: Ni masa operate tampal kulit.

WhatsApp-Image-20160604 (2)

WhatsApp-Image-20160604 (3)

WhatsApp-Image-20160604 (1)

myjenoba: Cilakak. Nasib baik aku dah sarapan. Berapa hari kau tidur hospital?
aizudin: Tidur yang sampai stabil darah normal dalam 10 hari. Lepas tu kira seminggu sekali follow up cuci kaki. Tukar balutan.

WhatsApp-Image-20160604 (4)

Lepas 2 bulan

myjenoba: Ada efek lain tak lepas kena jangkitan ni?
aizudin: Takde efek apa pun. Cuma kaki tu takde kecik laaa sikit sebelah. Sebab daging dah takde. And then tempat yang kulit tampal tu takde rasa sakit gatal ke apa. Sbb deria dah takde.  Takde geli-geli.

myjenoba: Demit. Jalan takde tempang ke apa ke?
aizudin: Jalan ok tak tempang boleh naik gunung lagi.

myjenoba: Kau naik gunung lagi sekarang ni?
aizudin: Naik je.
myjenoba: Kental. Haha
aizudin: Gian
myjenoba: Yes. Naik gunung (apa jenis gunung sekalipun) memang buat kita jadi gian.
aizudin: Hahaaa. Gunung tu belum lagi
myjenoba: Gunung apa ko cakap ni? Haha. So sekarang ni kau dah fully recover la?
aizudin: Dah recover habis dah. Sebulan pertama lepas keluar kaki tak boleh lipat lagi sebab lama tak bengkok kaki. Skru kaki ketat.

myjenoba: Kena gi fisio ke?
aizudin: Aku takde buat fisio pun.Lama-lama kaki elok boleh bengkok balik macam normal

myjenoba: Alhamdulillah. Ada apa-apa lagi info yang kau nak share?
aizudin: Suggestion doktor untuk kes macam ni proper jaga tempat luka laa. Jangan ambik mudah. Sepatutnya tempat luka kena bagi kering supaya takde jangkitan. Kes aku haritu aku makan ubat tahan sakit je bg sustain lama.

myjenoba: Ooo. Ok2. Apa pesanan ko pada pendaki2 lain?
aizudin: Pesanan dia jangan ambik remeh luka kecik. Sebab kuman ni kita tak nampak. Macam aku ambik remeh benda ni haritu. Masuk hari last bila dah bengkak habis dah busuk baru kalut nak keluar hutan. Macam aku haritu even dah kena pun tapi still lagi lepak dalam hutan 3 hari 3 mlm. Patutnya should be dah keluar hutan time boleh jalan tu lagi awal-awal. Sebab benda ni melibatkn nyawa. If kalau terlambat sikit apa-apa boleh jadi. Mungkin mati, koma, hilang part badan. If blood pressure lagi rendah haritu memang boleh jadi koma.

myjenoba: Alhamdulillah kaumasih bernafas harini. Kisah kau sebagai iktibar untuk pendaki-pendaki lain.
aizudin: Hahaa. Iktibar untuk diri sendiri. Jangan seronok sangat berlagak kuat. Mungkin sebab aku dah banyak kali pergi mendaki so benda ni ambik mudah.

myjenoba: Haha. Macho la kononnya masa tu. Masuk icu baru tahu macho tak macho.aizudin: Hahaa
myjenoba: Btw. Tq aizu atas perkongsian ko harini.
aizudin: Tak macho lol. Tapi parut tu macho. Beres. Beres.

myjenoba: Weh. Mintak kebenaran untuk aku share info dan gambar kau kat myjenoba.com.
aizudin: Boleh je takdehal. Boleh orang ramai belajar.

myjenoba: Nice. Thank you.  Balik kelantan singgah la jerteh. Aku belanja air teh kocok. Haha
aizudin: Hahaa. Boleh boleh. Nanti aku nak cari barang aku singgah. Nak cari barang jugak ni. Nak beroutdoor lagi sebelum kawin.

myjenoba: Hahha. Dah kawen nanti susah wooo. Permit susah nak lulus.By the way, selamat bertunang.
aizudin: Hahaa. Aku dah setting cari bini kaki naik gunung jugak. Senang nanti nak bawak. Tenkyu2.

 

Advertisements