Anak cucu kita nak minum apa?

Artikel ini ditulis oleh seorang wartawan yang bernama Ali Imran. Kalau kau fikir kerja-kerja menyelamatkan alam ni bukan kerja kau, baik kau baca artikel ni dan fikir semula.

“Anak cucu kita nak minum apa?”

Sungai Tembeling makin cetek. Di tempat yang saya turun ke air, parasnya setakat bawah lutut saya sahaja walaupun berdiri di tengah sungai.

10 tahun lalu, tinggi airnya boleh tenggelamkan satu orang dewasa.

Kenapa Sungai Tembeling penting?

Kerana ia adalah satu daripada sungai yang bergabung dengan Sungai Jelai, membentuk Sungai Pahang – sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.

Apa sebab ini berlaku?

Kalau kau salahkan El Nino semata-mata, aku kata kau naif sangat.

Lihat gambar. Itulah hasil tangan-tangan manusia yang rakus memperkosa alam demi ketebalan poketnya sendiri.

* * *
Dua minggu lalu ekspedisi ‘Misi Selamatkan Hutan Tadahan Air Negara’ dianjurkan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) di Ulu Tembeling, Pahang.

150 orang, 50 lebih pacuan empat roda.

Yang hadir termasuk pakar alam sekitar, profesor universiti, aktivitis alam sekitar, orang kampung berhampiran dan pasukan media – kami lihat sendiri kerja terkutuk ini.

Hutan ditarah guna cara ‘cuci mangkuk’, ada tinggalan kesan pembakaran (potential slash and burn), anak-anak sungai dikambus, batang-batang balak masuk dalam sungai.

Buffer zone tebang? Jangan haraplah bang. Mitos aja semua itu.

Dahulu, air dari anak-anak sungai di kawasan ini boleh disalur guna sistem bekalan air graviti ke 3 kampung besar.

Sekarang? Nak supply satu kampung pun tak lepas. Orang kampung kena angkut air dari Sungai Tembeling untuk kegunaan harian.

Sungai Tembeling pula, sebab pembalakan di kawasan hulu dah cemarkan air, nak tak nak terpaksalah mereka teguk juga air yang sah tak elok itu.

Memang ada yang dapat air paip dari loji, tapi cuba kita fikir – adakah dengan membekal air loji, menjadi lesen untuk kau musnahkan sumber air semulajadi?

Kami geng media – Bernama, Astro, Kosmo, Berita Harian, Utusan, Sinar, akhbar-akhbar bahasa Inggeris, bahasa Cina, dan lain-lain — dah tulis tentang hal ini sejak tahun lepas.

Kami buat apa yang boleh.

But we need the real pressure – from the real stakeholder – that is YOU!

Kami bersuara dah lama, mereka yang berkuasa tidak buat apa-apa.

Kami perlukan bantuan anda.

Sebarkan maklumat ini. SHARE.

Biar orang ramai sedar realiti ini.

Doanya – supaya mereka akan berhenti.

Ali Imran
Wartawan Biasa

Advertisements