3 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Dari 1st Trip Bro Bett

Kau ingat cerita yang Bro Bett tulis pasal trip dia dengan komando? Kalau tak ingat klik sini. Dalam cerita tu bukan main otai lagi dia. Pergi V1 la, trip dengan komando la apa bagai. Ni pulak cerita dia masa nubis kubis.

bett

Cuba cari mana satu Bro Bett

Throwback tahun 1995. Gunung pertama yang aku naik ialah Gunung Belumut di Kluang, Johor. Tu pon sebab study kat JB. So merasalah jugak naik gunung kat sana. Masih muda remaja lagi umur 18 tahun. Masih berambut.

Menjadi seorang yang baru nak bermula, memang tak reti sangat lah pasal persiapan. Training pon tidak. Tak terjangkau dek akal lagi masa tu naik gunung susah rupanya hahaha. Ingatkan macam camping2 je. Seingat aku lah, perjumpaan sebelum trip ada sekali je kot. Tu pon tak tumpu perhatian sangat. Nasib baik pernah join camping pengakap masa zaman sekolah. Amik lencana keris gangsa, keris perak dan keris emas. Last camping pengakap pulak masa form 1 amik lencana Usaha. At least pernah lah jugak camping walaupon padang sekolah je ­čśé.

Hari kitorang sampai kat Kluang, masa tu memang tengah heboh kisah orang jumpa harimau kat area situ. Siap masuk suratkhabar. Walaupon ada rasa takut tapi semacam excited pon ada kot-kot dapat jumpa rimau (maafkan hamba yang masih baru)

Fitness aku masa tu, memang teruk gila. Macam nak mati pon ada rasa hahaha. Aku tak jangka aku akan seletih dan sepancit itu. Pertama kali rasa. Memang mental habis. Teruk sesangat-sangat. Tapi bila sampai puncak, Allahuakbar, feeling yang tersangatlah best. Terima kasih Allah. Feeling yang membuatkan aku terus mendaki sampai lah sekarang (walaupon dah kurang). Sebenornya aku pon dah banyak hilang ingatan pasal trip ni, maybe sebab keletihan terlampau menyebabkan sel-sel otak aku kurang berhubung waktu tu.

Tapi ada tiga perkara yang aku masih ingat dan dijadikan pengajaran.

1. Wajib tumpu perhatian waktu briefing.
Kalaulah aku tumpu perhatian, kemungkinan besar aku akan tau persiapan yang macam mana aku kena buat. Hasil dari tak tumpu perhatian tu:

– Aku tak bawak botol air. Akibatnya air dalam periuk kera pon aku bantai minum, hirup air lopak, lumut basah pon aku perah. Dapat lah 2 titik dari lumut tu hahaha.
KEYWORD : SUFFER

– Pakaian tak letak dalam plastik. Lepas tu hujan. Sila isikan tempat kosong apakah agaknya berlaku _________
KEYWORD : SEJUK GEDI

– Fitness teruk. Mungkin ada dicakap waktu tu kena build up fitness sebelum trip tapi sebab tak tumpu perhatian….
KEYWORD : PADAN MUKA

2. Jangan eksen
Berlagak konon2 tau sebab pernah camping zaman pengakap padahal zero knowledge. Lepas tu tak nak bertanya.
KEYWORD : BODOH SOMBONG

3. Survival
Aku pon tak tau macam mana aku buleh terfikir nak hirup air lopak, perah lumut, minum air periuk kera. Takde sapa2 pernah bagitau pon masa tu. Mungkin bila dah sampai limit, kita akan buat apa saja untuk kekal hidup.
KEYWORD : ALLAH MAHA PEMURAH

Kesimpulannya, kita pendaki semua pernah ada zaman mula2 naik gunung. Zaman kita pendaki baru dan masih junior. Bak kata pendaki hipster zaman sekarang, zaman nubis kubis cikedis buah manggis kepala bana. Zaman yang kita memang tak reti apa dan bangang je masing-masing. Gunung pertama yang kita daki akan banyak mengajar kita.

Kita belajar dari pengalaman. Belajar dari orang lama. Belajar dari buku. Jangan segan bertanya. Jangan sombong, jangan riak, jaga alam, jaga hutan, jaga adab, jaga batas agama, share ilmu, share pengalaman, share campsite, jangan kongker luas sangat especially dah tau ramai group mendaki hari yang sama, sempit sama sempit, luas sama luas, jangan buat kerja bodoh tunjuk berani, jangan buat musuh sesama pendaki, jangan khianat trip orang. Pusing2 kot mana pon matlamat kita tetap satu je, nak mendaki gunung. Buat yang terbaik untuk diri kita, untuk kawan-kawan pendaki kita dan juga untuk generasi pendaki yang akan datang. Semoga kita semua sentiasa diberikan kekuatan untuk mendaki. InsyaAllah.

#gunungonline
#enjoylifejomcamping

Advertisements