#TipsCekelatAngin1: Fakta Yang Kemungkinan Anda Tidak Tahu Sewaktu Hiking

Artikel ini telah ditulis oleh Cekelat Angin di laman facebook beliau. Kami kongsikan semula artikel beliau supaya mudah untuk dijadikan rujukan.

gas.jpg
1) Gas akan menjadi kurang aktif dalam cuaca yg sejuk. Memasak di tempat sejuk seperti di puncak gunung, api gas akan menjadi lebih kecil dari kebiasaannya. Anda akan mengambil masa yang lama utk memasak (2-3x ganda dari kebiasaan). So bungkus tabung gas anda dengan towel atau simpan dalam sleeping bag.

 

batu besar
2) Batu besar biasanya berlumut & licin. So jangan pijak batu2 besar yang static sewaktu river crossing. Pijak pada batu-batu yang kecil lebih selamat. Batu-batu kecil tidak berlumut disebabkan ia sentiasa bergesel dgn objek lain sewaktu ditolak oleh arus yg kuat serta kedudukannya yg sentiasa berubah.

 

arus sungai
3) Apabila menggunakan kayu sewaktu river crossing, posisikan kayu anda bertentangan dengan arus (letak disebelah bahu kanan brader baju putih macam dalam gambar). Arus akan menekan kayu anda ketanah. Anda akan lebih stabil. (Baju merah tu bukan Jaafar Onn)

*Note : Jangan basahkan kasut anda semasa river crossing – Pakai sandal. Jenama adidas disyorkan. (Admin cadangkan pakai kasut getah)

 

4) Minyak masak biasa (palm Oil) akan beku khususnya di puncak gunung. Apabila ia telah beku amat susah untuk dikeluarkan. Disyorkan guna Minyak Jagung (Corn Oil) yg anti-frozen.

 

tent
5) Air adalah “Good Conductor” bagi elektrik. So jangan bersandar/duduk didalam tent yg basah sewaktu dipuncak. Kebiasaannya kilat akan strike pada objek2 yg tinggi – tent anda adalah objek yang paling tinggi di puncak

 

6) Lipan & Scorpion suka menyorok ditempat-tempat yang lembab seperti dibawah batu & kayu yg reput. So berhati-hati bila mendirikan tent.

 

7) Harimau adalah diantara binatang yang mempunyai balikan/pantunan cahaya di kedua-dua mata berwarna “MERAH” apabila disuluh. So kena hati-hati ketika menyuluh diwaktu malam.

 

8) Semua jenis haiwan yg berkaki 4 akan turun kesungai diwaktu pagi untuk minum. So elakkan mengambil air diwaktu pagi bagi tujuan memasak – dikuatiri tercemar (dan diserang binatang)

Advertisements