Bahan-bahan:
1. Hypergear Drybag 5L Pink (jangan tanya kenapa pink)
2. Baldi (nak pakai besen pun boleh)
3. Gayung berisi air (warna pink sebab nak sama kaler dengan beg)
4. Handphone Asus Zenfone C
Cara-cara:
1. Bertenang
2. Masukkan handphone ke dalam drybag
3. Tutup drybag dengan teknik yang betul. (3 kali lipat)
4. Simbahkan air ke atas drybag dari pelbagai arah. Gunakan baldi untuk menakung air simbahan. Kalau anda tak kisah lantai anda basah, tak payah pakai baldi pun takpe.
5. Keluarkan handphone dari drybag
Pemerhatian:
1. Handphone tidak basah
2. Handphone masih berfungsi seperti biasa
Kesimpulan:
1. Beg ni memang kalis air
Advertisements